Total Pageviews

Tuesday, October 4, 2011

susah untuk memahami dan difahami

kadang kala kita tak tahu kelakuan atau perilaku kita telah menyinggung sesetengah pihak atau seseorang. kadang kala kita juga tak berani hendak menyatakan bahawa kita tersinggung dengan kelakuan dan perilaku orang lain terhadap kita. sedarkah kita, kedua - dua keadaan ini akhirnya akan mengundang masalah antara satu sama lain. katakan tindakan seseorang kali pertama telah menyinggung kita dan kita tidak berpuas hati dengan tindakan seseorang itu, bagi saya, adalah lebih baik nyatakan pada waktu itu juga dari kita simpan dan kumpulkan rasa tidak puas hati itu. kadang kadang si pelaku tidak sedar akan tindakannya itu. maklum la kita ini adalah manusia. bila kita diam di atas tindakan si pelaku itu, kita seolah olah memberikan gambaran bahawa kita tidak kisah atau kita bersetuju dengan tindakannya. padahal, dalam hati kita mungkin marah, sumpah seranah, atau paling tidak pun kita rasa tak puas hati. 

persoalanya, adakah si pelaku itu dapat membaca apa yg tersirat di dalam hati kita? adakah dia dapat mengetahui apa yg kita fikirkan tanpa kita sendiri yg menyatakannya? tidak bukan? si pelaku mungkin merasakan tindakannya tidak salah atau tidak menyinggung perasaan sesiapa..... cuba kita bayangkan diri kita di tempat si pelaku itu? adakah kita sedar dalam sehari berapa ramaikah yg terluka atau terasa dgn kita tanpa kita diberitahu mengenainya? 

moralnya ~ jika kita tidak suka atau tidak setuju dengan kelakuan atau tindakan seseorang nyatakan secara terus terang kepada individu itu dengan cara yang baik dan bukannya menyimpan perasaan itu sehingga menggunung tinggi rasa tidak puas hati. tunggu gunung itu meletup pada bila bila masa....adalah baik kita berterus terang pada waktu itu juga, dan pastinya individu itu akan memahami dan sedar akan tindakannya itu tidak sesuai... jika tidak......pastinya akan timbul keadaan
"SUSAH UNTUK MEMAHAMI DAN DIFAHAMI"....

No comments:

Post a Comment