Total Pageviews

Wednesday, October 5, 2011

Guru + Pelajar = Kawan baik = pelajar cemerlanag sekolah pun gemilang???? ~ boleh ke??

teringat zaman sekolah dulu, kalau nak tegur cikgu punya la takut kan... nak pulak kalau cikgu disiplin lagi la takut... nak pandang pun rasa seram semcm jer... hehehehe... kalau tengah tengah jalan tu ternampak cikgu disiplin kat depan, cepat2 larikan diri ikut "short cut".. punya la takut...tak buat salah pun perasaan takut tu timbul gak secara automatik...skang bila dah jadi cikgu ni...lain pulak rasanya... ye la diri sendiri yang cikgu ... nak takut sapa lagi kan.. orang takut kita ada la...hehehe...

kalau nak dibandingkan ngan murid dulu2...murid sekarang ni kira "daring" dan lebih "friendly" ... siap bleh men kejar2 lagi ngan cikgu....sebagai seorang guru, saya sendiri rasa lebih senang bila melayan pelajar seperti kawan ... sebab tak akan ada jurang antara guru dengan pelajar tu... mereka lebih senang untuk mendengar arahan guru yang mereka sukai dan sayangi... dan "output" kerja mereka pun tidak kurang hebatnya kerana mereka pasti hendak "impress" guru tersebut. dan saya dah cuba method ini..memang berkesan...

tetapi dalam pada masa yang sama juga, itu tidak bermakna guru itu terlalu "friendly" sampai tahap pelajar tak buat kerja rumah pun, nak kira cincai..bukan itu maksudnya... tak bawa buku ke kelas..takpe la...... pastinya bukan macam tu. guru tu perlu tahu la bila nak jadi kawan ...and bila nak jadi "cikgu". perlu ada balance dalam hubungan guru dan pelajar... kalau tak pelajar pun apa lagi take for granted la... semua pelajar saya tahu, friendly tahap mana pun saya, tapi bila sampai bab kerja rumah..buku..saya strict! kalau kerja rumah tak buat..tak hanta..emm...apa lagi...saya jadi pontianak la!!! pantang!! hehehehe... tak salah kalau sekali sekala outing bersama pelajar...kongsi pengalaman..pendapat...berbincang tentang sesuatu isu itu secara kasual... saya ada juga keluar ngan student saya lepas peperiksaan awam... tak pergi mana pun. pergi KFC je...









kesimpulannya tak salah kalau seorang guru dan pelajar itu "berkawan".... tetapi perlu ada keseimbangan dalam menjalankan tugas sebagai guru/ pendidik.....baru la ~

Guru + Pelajar = Kawan baik = pelajar cemerlanag sekolah pun gemilang

Tuesday, October 4, 2011

susah untuk memahami dan difahami

kadang kala kita tak tahu kelakuan atau perilaku kita telah menyinggung sesetengah pihak atau seseorang. kadang kala kita juga tak berani hendak menyatakan bahawa kita tersinggung dengan kelakuan dan perilaku orang lain terhadap kita. sedarkah kita, kedua - dua keadaan ini akhirnya akan mengundang masalah antara satu sama lain. katakan tindakan seseorang kali pertama telah menyinggung kita dan kita tidak berpuas hati dengan tindakan seseorang itu, bagi saya, adalah lebih baik nyatakan pada waktu itu juga dari kita simpan dan kumpulkan rasa tidak puas hati itu. kadang kadang si pelaku tidak sedar akan tindakannya itu. maklum la kita ini adalah manusia. bila kita diam di atas tindakan si pelaku itu, kita seolah olah memberikan gambaran bahawa kita tidak kisah atau kita bersetuju dengan tindakannya. padahal, dalam hati kita mungkin marah, sumpah seranah, atau paling tidak pun kita rasa tak puas hati. 

persoalanya, adakah si pelaku itu dapat membaca apa yg tersirat di dalam hati kita? adakah dia dapat mengetahui apa yg kita fikirkan tanpa kita sendiri yg menyatakannya? tidak bukan? si pelaku mungkin merasakan tindakannya tidak salah atau tidak menyinggung perasaan sesiapa..... cuba kita bayangkan diri kita di tempat si pelaku itu? adakah kita sedar dalam sehari berapa ramaikah yg terluka atau terasa dgn kita tanpa kita diberitahu mengenainya? 

moralnya ~ jika kita tidak suka atau tidak setuju dengan kelakuan atau tindakan seseorang nyatakan secara terus terang kepada individu itu dengan cara yang baik dan bukannya menyimpan perasaan itu sehingga menggunung tinggi rasa tidak puas hati. tunggu gunung itu meletup pada bila bila masa....adalah baik kita berterus terang pada waktu itu juga, dan pastinya individu itu akan memahami dan sedar akan tindakannya itu tidak sesuai... jika tidak......pastinya akan timbul keadaan
"SUSAH UNTUK MEMAHAMI DAN DIFAHAMI"....